Personal Class Nazrul – Memohon Gerai MPPD secara online

10 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

9 Julai 2023 – Muhammad Nazrul Ammar datang ke PEDi Linggi sebagai usahawan yang ingin mencari peluang membuka gerai perniagaan di kawasan Pekan Linggi. Pengurus PEDi Linggi membantu beliau dengan mengajar cara-cara memeriksa bangunan gerai yang kosong melalui laman web Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di https://mppd.gov.my/ms.

Melalui capaian tersebut MPPD akan mengumumkan mana-mana gerai, medan selera dan pasar awam milik MPPD yang kosong dan sedia untuk disewa. Nazrul Ammar dapat memilih gerai mana yang beliau minat dan seterusnya membuat permohonan secara online. Beliau juga turut dibimbing cara membuat permohonan. Kelas berlansung hanya selama setengah jam iaitu dari pukul 4.30 hingg 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali